Sweety Pie ♥

Sunday, July 28, 2013

Being Strong :')





Some people ask me, "How can you manage to be strong like this, I mean, for this long?"

well, for the truth, I'm tired. seriously exhausted. kadang kadang rasa macam nak jatuh. kenapa aku ada kat sini? kenapa aku buat bende ni? kenapa aku tak boleh jadi manusia normal macam orang lain? kenapa aku tak boleh buat apa yang aku nak?

but then I realize, Allah yang tetapkan semua ni. kita ni cuma menjalankan tanggungjawab untuk sempurnakan apa yang Allah dah tetapkan. ya, pilihan itu ada. kita yang pilih jalan mana kita nak pilih. kadang kadang aku pun rasa malang, kenapa aku boleh ada dalam bende ni. tapi aku tahu, benda ni yang kuatkan semangat aku.


mesti korang cam, apahal budak ni mepek mepek ni. buat apa pulak ni. hahahaha ampun tiada pendahuluan. okay, aku tengah cakap pasal memanah ni. okay? okay sambung.


dulu aku teringin sangat nak wakil sekolah. serius. tak kisah untuk apa pun nak jugak. tapi aku pandang diri aku. hah. bakat apa aku ada. tolong berhenti berangan nak sampai ke bintang. sampailah pada satu ketika, aku terlibat ngan manah ni dan mula wakil sekolah. ya Allah, perasaan? unbelievable. rasa macam menari menari kat awan. sebab aku wakil lambat, form 3 baru start. padahal bespreng aku dari form 2 semua dah pergi, aku je yang kura kura terkedek kedek. yang lain semua dah beli peralatan lengkap. turun training petang petang. aku? aku duduk diam macam patung. sedih. tak tipu, sedih sangat, perlahan lahan tanya dalam hati, bila aku boleh ni? hm.

Alhamdulillah, tak sia sia usaha pergi latihan, walaupun takde tournament cam lain lain, tak sia sia pun beli bow yang murah, alhamdulillah boleh jugak bawak balik pingat (:

tapi tak tipu. dah hampir dua tahun berkecimpung dalam dunia memanah ni. Alhamdulillah sekarang dah ada bow yang baru, yang harga dia ya Allah bersalam kat ibu ayah kene belanjakan banyak tu. hm. trust me everybody, Allah nampak usaha kita, yang penting kita, kita kene yakin dengan kekuatan kita, kene yakin dengan kuasa Allah. jangan mengeluh. jangan pernah jatuh.


orang selalu ingat, susah sangat ke memanah tu? senang je tengok, tarik lepas tarik lepas. ye adik adik. senang. senang sangat. tapi memanah ni dunia fokus. dunia yang perlukan ketelitian. dunia yang perlu kasih sayang. yang perlu sabar. yang perlu tahan. yang kene kuat.


memanah ni ajar aku kuat, ajar aku supaya terus bangkit bila jatuh.bila aku rasa hampir putus asa, aku ingat balik, macam mana payahnya aku sampai tahap ni, macam mana susahnya mak ayah aku bagi support, macam mana banyaknya ilmu yang cikgu aku dah bekalkan, takkan aku nak lepaskan macam tu je? tapi memang kadang kadang aku risau. tahun depan aku nak SPM, takkan aku nak tinggal banyak kelas? tapi Alhamdulillah aku boleh seimbangkan. Allah bagi aku kekuatan untuk tahan dengan dua dua bidang. 


aku mengaku aku pernah menangis. pernah rasa menyesal sangat. sebab penat sangaaaaaaat. tak tahan sangat. berapa kali dah telekung basah tau. tapi Alhamdulillah, Allah kuatkan semangat aku supaya terus bertahan :)


and to everybody, thanks for supporting me till this, thanks for clap clap for me whenever I'm on the stage *ceh tetibe* hihihi thanks for always encourage me. thanks for not letting me down. 


and kepada AWAK. maybe you don't understand or you don't even notice at all, awaklah yang banyak bagi saya semangat selama ni. terima kasih banyak banyak (:


Alhamdulillah ya Allah atas segala rezekiMu, atas segala kekuatanMu, aku bersyukur ya Allah! :D




setakat ini sahaja. sekian. semoga anda mendapat inspirasi. eceh :P

my personal coach (:










first tournament and first medal (:


gonna miss all this. bye everybody :D





Thanks For Reading, I Heart You ♥

No comments:

Post a Comment

twikleymimey

Pink Rose Flower