بسم الله الرحمن الرحيم

okay, seperti yang diberitahu. post ini akan menceritakan detik detik berada di sekolah untuk 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA.
so, sabtu tu aku bangunlambat sikit. pukul 5.30 baru bangun. aku mandi mandi gosok tudung lepastu kejut ayah untuk hantar aku. masa tu dalam pukul 6.10. aku mandi lama sikit sebab takyah nak rushing ayah tak kerja kan.
lepastu ibu tidur kat bawah. kejut ibu , then ibu buatkan sarapan. malam jumaat tu sempat pesan nak bawak kek yang ibu buat pergi sekolah. tengok tengok ibu dah sediakan dengan air dengan bekal lagi. thanks ibu, I ♥ YOU.
lepastu malas nak makan kat rumah sebab dah pukul 6.30 takut lambat kan. akupun gerak pergi sekolah dengan ibu and ayah. dah sampai tu aku gerakpergi pondok. nampaknya, aku lah satu satunya form 2 yang baru sampai. sebaik sahaja aku duduk, sarah sampai lepastu sorang sorang datang. tetibe cikgu zai suruh gi padang.
masa kat padang tu orang makin ramai. tepat jam berapa tah. 7.15 lah kot. kitaorang start beratur ikut kelas. lepastu warming up. best gak warming up sebab tengok PKT aku si ti'e tu semangat lompat sana lompat sini.
lepastu putera start lari dulu. dan , ustaz saudi kat depan! oh, comel sangat ustaz :D ops silap, bukan lari. tapi jalan je lebih !
lepas putera get loose dari padang, giliran puteri pulak. masa tu masing masing dah sakit perut. kitaorang pun lari first first lepastu jalan. muahahahaha :D lepas dah habis lari tu tibalah masanya nak cooling down. aku bukanlah orang terakhir ye. masih ada dalam 20 orang belakang aku :D
masa cool down paling best! joget sanajoget sini. aku duduk belakang sekali sambil posing dekat camera. lepastu time cikgu pasang kuch kuch hotta hei tu lagilah aku semangat menari ngan amirah.
lepastu rehat. lepastu kene gi sukan and permainan. memanah tak tahu kat mana. so, kitaorang rileks je duduk kat pondok. lepas habis sukan and permainan kene duduk dalam kelas. boring~
lepastu boleh balik dah, pergi kantin dengan kembar sama nama dengan aku, soleha! pergi beli chicken chop pastu makan kat pondok. banyak kejadian yang berlaku tapi malas nak taip laa.
so, memang happy lah buat camni. till we meet again in the next post, byeee :)








No comments:
Post a Comment
twikleymimey